Kantoi!!!: Pemuda,Ibu ber’anak’ 3 ditangkap Khalwat

Seorang wanita berstatus isteri orang berumur 41 tahun ditemui bersembunyi di dalam almari pakaian bagi mengelak daripada ditangkap khalwat oleh pihak penguat kuasa di rumah sewa kekasihnya di Taman Selasih, pada Jumaat.

Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin berkata, serbuan dibuat pada jam 3.40 petang oleh imam dan pegawai Masjid Taman Selasih selepas mendapatkan maklumat dari orang awam serta akaun media sosial milik lelaki berkenaan yang kerap memuat naik hubungan mesranya bersama dengan beberapa isteri orang lain.

“Ketika salam diberi pintu rumah itu dibuka oleh seorang lelaki berbangsa India yang juga menyewa di rumah tersebut.

“Pemeriksaan lanjut kemudiannya dibuat di bilik yang ditanda dengan nombor 2 dan menemui lelaki itu di
dalam bilik berkenaan, manakala teman wanitanya sedang bersembunyi di dalam almari di bilik yang sama,”

Baca Berita ini|“Ustaz Budak” di Kelantan dituduh cabul kehormatan

Menurutnya, siasatan lanjut telah mendapati wanita tersebut berasal dari Pendang, sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Lelaki itu pula masih bujang, berusia 26 tahun dan berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

“Memandangkan kedua-dua mereka tidak mempunyai hubungan mahram jadi mereka ditahan mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana berkhalwat.

Baca Berita berkaitan |“Lebai setan” akhirnya didakwa

“Pasangan terbabit kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim untuk dibuat laporan sebelum diserahkan kepada pegawai penguat kuasa pejabat agama untuk tindakan lanjut,” Kata Anwar Shariffudin

Sumber- Kedahkini

COMMENTS