Ahli Pas tolak Kerajaan PN, apakah nasib Pas PRU15???

Sekumpulan ahli akar umbi Pas berkumpul di ibu pejabat parti hari ini untuk mendesak pucuk pimpinan parti supaya menolak kerjasama bersama dalam gabungan Perikatan Nasional (PN), lapor Malaysiakini.

Mereka turut menuntut agar satu muktamar khas diadakan untuk membahaskan pendirian akar umbi berhubung kerjasama Pas bersama PN.

“Sejak sekian lama kami ingin meluahkan perasaan yang seolah-olah kami sedang ditipu atau sedang dipaksa oleh segelintir kepimpinan untuk menerima dan bersetuju berada di dalam PN.

“Setelah hampir sebulan menghubungi rakan-rakan di seluruh negara serta membuat kajian secara rambang terutama pada akar umbi PAS, kami dapati rata-rata akar umbi tidak setuju PAS berada di dalam gabungan PN.

“Mereka nyatakan jangan mengharapkan keuntungan jangka masa pendek akan tetapi kerugian untuk jangka masa panjang,” kata jurucakap kumpulan itu, Khairul Anuar kepada pemberita di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur.

Khairul mendakwa bahawa dia adalah ahli Pas dari Kedah, yang kini tinggal di Putrajaya.

Sumber- malaysiadateline

COMMENTS