9 “peluru” Asmirul jawab fitnah Adun Pas

1. Kes Tabung CAS. Harus di fahami, masalah yang kita hadapi berhubung isu perpindahan Akhiyar Rashid ke JDT ialah telah melanggar kontrak. Kita telah menubuhkan tabung CAS untuk menanggung dana bagi tunjuan membayar kos guaman dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Kita mengharapkan sasaran jangkaan (expected) kutipan disekitar RM50K untuk membayar kos guaman melebihi RM100K. Malangnya jumlah kutipan yang berjaya di pungut di sekitar RM10K.

Kutipan tersebut di muat turun secara terus kedalam akaun KFA(Kedah Football Association) bukan kepada mana-mana individu atau pun lain-lain organisasi. Tidak timbul soal dana di salah gunakan oleh mana-mana pihak kerana penyumbang telah masukkan secara langsung kedalam kantung(akuan) KFA.

i). Kes saman Akhiyar
ii) Kes saman JDT

Merujuk kes (i). Kita telah menang kes tuntutan pampasan ke atas Akhyar di Asian Arbitration Court yang akhirnya beliau terpaksa membayar RM330K.

Manakala kes ke (ii) menuntut pampasan kepada JDT ianya masih berjalan tetapi tertangguh di FAM(Football Association Of Malaysia). Kes tidak dapat di teruskan ke peringkat selanjutnya kerana bertukar kerajaan tebuk atap. Itupun kalau Kerajaan PN ini berani membawa kes ini sampai ke Asia Arbitration Court..?!!

2. Tunggakan LHDN juga pernah berlaku ketika zaman pengambilan alihan kuasa. KFA sepatutnya mendapat geran(broadcasting fees) keseluruhan RM3Juta dari MFL tetapi mereka hanya mampu membayar RM1.5Juta kerana MFL juga mempunyai masalah penajaan.

3. Merchandise. Pemberian khusus kepada pembeli tiket bermusim akan di berikan payung, mafler, jersey, botol air dan lain-lain. Apabila Covid-19 berlaku, ketiadaan penonton masuk Stadium menyebabkan barangan tersebut tersadai. Tiada siapa yang boleh membeli tiket musim kerana arahan MKN mengosongkan Stadium.

4. Longgokan jersi. Perjanjian itu adalah dengan Prestige Sport iaitu Al Ikhsan yang menggunakan jenama pengiklanan ‘Football Republic’. Tajaan RM600K dalam bentuk barangan bukan dalam bentuk duit. Seperti baju, stokin dan lain-lain kelengkapan. Di mana letak duduknya kehilangan wang dalam KFA?

5. Lambakan jersi tidak di gunakan. Jersi tersebut untuk Pertandingan Piala Presiden, Piala Belia dan Piala Sharifah Rodziah (wanita). Kesemua pertandingan itu sudah di batalkan dan kerana itulah jersi-jersi itu tidak boleh di gunakan.

Barangan yang diterima KFA memang tidak boleh dihantar balik. Nak pakai macam mana kalau pertandingan di gantung kerana Covid19?

6. KFA ini bukan organisasi perjalanan yang boleh disusun sendiri oleh mana-mana individu tanpa organisasi ia adalah badan organisasi yang di anggotai oleh Jawatan Kuasa. Bukan semudah itu untuk melakukan penyelewengan yang juga di pantau oleh Juruaudit Luar yang dilantik.

Apatah lagi Jawatankuasa Eksekutif Organisasi KFA semasa zaman kami di anggotai oleh anggota SPRM dan PDRM yang mana surat perlantikan anggota ini, saya sendiri yang tandatangan bagi proses pemantauan. Badan induk ini mempunyai mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif KFA yang perlu di luluskan agenda minit mesyuarat bersama penyata kewangan. Apa EXCO KFA akan jawab kepada ahli badan gabungan jika di dapati penyata kewangan tidak sah?

7. Untuk makluman, KFA mempunyai Jawatan Kuasa Penaja yang terdiri daripada Presiden sewaktu itu Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Saudara Anas Hafiz selaku Naib Presiden dan Saudara Jasni Shafie.

Tentulah ada perjanjian di antara KFA dan Chenang Bay sekiranya keseluruhan projek ini akan di mulakan pada tahun ini. Malangnya setahu saya projek tidak dapat dilaksanakan disebabkan Covid 19. Saya tinggalkan dahulu persoalan ini kerana ini perkara paling mudah untuk dijawab oleh barisan jawatan kuasa penaja. Adalah tidak adil untuk membuat kupasan tanpa rujukan mahupun penjelasan dari mereka sendiri.

8. Dakwaan Menteri Besar berlaku penipuan keatas penyata gaji pemain oleh pengurusan lama. Hanya saya sendiri, Presiden dan Naib Presiden meletakan jawatan dalam KFA. Manakala selebihnya masih kekal Jawatan Kuasa yang lama.

Untuk makluman, gaji yang di bayar hanya melalui sekeping cek kepada Bank yang di tandatangan oleh: Timbalan Presiden (masih lagi berkhidmat) dan Naib Presiden 2 (masih berkhidmat lagi) dan saya sendiri. Manakala penyata diuruskan oleh pihak pengurusan.

Kenapa tidak rujuk kepada pihak pengurusan yang sedia ada kerana mereka juga pengurusan yang lama untuk mendapat sebarang kesahihan?

9. Pintu PDRM dan SPRM sentiasa terbuka untuk Ustaz Salim Hj Mahmood ADUN Bukit Lada supaya membuat sebarang laporan. Perbuatan Ustaz ini seolah-olah merendahkan martabat badan berkanun SPRM dan PDRM kerana membawa isu yang Ustaz anggap sebagai penyelewengan ke Sidang DUN Belanjawan Negeri Kedah.

Apalah kiranya terus ke pejabat tersebut untuk mengheret sesiapa sahaja yang bersalah untuk di bicarakan untuk mencari apa yang di katakan dengan penyelewengan.

Asmirul Anuar Aris

Fitnah itu sedang tidur.
Jangan kejutkan fitnah dari tidur..

1. Kes Tabung CAS. Harus di fahami, masalah yang kita…

Posted by Asmirul Anuar Aris FC on Tuesday, 17 November 2020

COMMENTS