Warganet sukarela jadi pokok pisang asalkan Lizzy yang tumbuk

Warganet sukarela jadi pokok pisang asalkan Lizzy yang tumbuk

Sebuah video yang dikongsi penyanyi Elizabeth Tan di Instagram mengundang perhatian netizen.

Dalam video berkenaan, Elizabeth atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy dilihat memakai singlet hitam dan seluar pendek sambil menumbuk batang pokok pisang.

“Salam dari Ayer Tawar, tiber,” seloroh Lizzy di bahagian kapsyen.

Meskipun hanya menunjukkan perbuatan suka-suka, namun netizen di ruangan komen tampil dengan pelbagai reaksi.

Ada netizen yang bergurau mengatakan dirinya rela menjadi pokok pisang dan ditumbuk oleh penyanyi lagu Semua Sudah itu.

Bukan itu sahaja, seorang lagi pengguna Instagram berseloroh mahu hentikan mengikuti (unfollow) Lizzy di akaun Instagram suaminya.

“Tumbuk jela kita, kita rela jadi pokok pisang itu,” tulis netizen.

“Kejap lagi aku unfollow dia dekat IG laki aku,” tulis seorang lagi.

“Untunglah pokok pisang tu hmm,” tulis yang lain.

COMMENTS