RM 200 mohon lulus rentas negeri dari Bukit Tinggi ke Kuala Lumpur

Seorang warga asing ditahan kerana cuba menyogok anggota polis di Balai Polis Bukit Tinggi, dekat sini, untuk mendapatkan permit merentas negeri, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pada jam 9.40 pagi, semasa Ketua Balai Polis Bukit Tinggi bersama anggotanya berada di kaunter aduan, seorang lelaki warga asing datang untuk mendapatkan permit.

Berita semasa | Cubaan memalsukan surat lama untuk merentas boleh dikenal pasti

Katanya, lelaki itu mahu merentas negeri dari Bukit Tinggi ke Kuala lumpur.

“Selepas meneliti dokumen sokongan, permohonan lelaki itu ditolak.

“Bagaimanapun, lelaki berusia 28 tahun itu cuba memberi sogokan sebanyak RM200 supaya permohonannya diluluskan,” katanya.

Zaiham berkata, lelaki itu segera ditahan kerana cuba menyogok polis.-HM

COMMENTS