Kes Adib, LTTE sebahagian punca ‘kejatuhan’ Kerajaan Pakatan Harapan

Bekas peguam negara Tommy Thomas menyifatkan kes membabitkan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) menggariskan isu perkauman dihadapi kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu.

Dalam bukunya, “My Story: Justice in the Wilderness”, beliau menyifatkan sesebuah masyarakat sebagai rasis apabila “ribuan orang membuat keputusan dan hukuman sama terhadap teman senegara.”

“Inilah yang kerap dihadapi kerajaan PH selepas PRU14,” katanya.

Menurutnya, dalam kes kematian Adib kemarahan umum susulan kejadian pada 2018 itu jauh berbeza daripada tindak balas selepas kematian enam penyelam pasukan bomba dan penyelamat tidak lama kemudian, yang enggan diambil tindakan bomba walaupun beliau mahukannya.

Adib parah akibat kecederaan dialami selepas dikerahkan memadam kebakaran di sebuah kuil di Subang dan meninggal dunia beberapa minggu kemudian.

“Disebabkan orang di kuil itu Hindu, media sosial mensensasikan kecederaan Adib dalam hanya beberapa jam, kononnya akibat dibelasah orang India.

“Begitu banyak penipuan disebarkan sehingga blogger dan pengguna internet tidak dapat membezakan fakta dengan kenyataan,” katanya.

Selepas siasatan pelbagai unit polis dan Pejabat Peguam Negara, katanya, tiada jenayah didapati berlaku, sebaliknya Adib dipercayai cedera apabila dilanggar jentera bomba yang mengundur ketika cuba memasuki kenderaan lain. Susulan itu, tiada pihak dipertanggungjawabkan.

Bagaimanapun, Thomas berkata, selepas kematian Adib, orang ramai mendesak pembalasan dikenakan, yang diterukkan dengan dakwaan bahawa kematiannya disebabkan orang India.

Disebabkan itu, katanya, beliau menggesa inkues diadakan yang kemudian mendapati “dua atau tiga orang” menyebabkan kematian Adib – sesuatu yang sukar difahaminya.

“Bagaimana (koroner) mencapai dapatan ini memang menghairankan, memandangkan polis dengan segala pengalaman, kemahiran, tenaga dan sumber pun tidak dapat berbuat demikian,” katanya.

Selain itu, beliau turut memetik kes LTTE membabitkan penahanan 12 lelaki pada Okt 2019 kerana didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Sri Lanka.

Individu terbabit didakwa mengikut Seksyen 130J dan 130JB Kanun Keseksaan serta ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) yang membenarkan tertuduh ditahan sehingga perbicaraan.

Berita berkaitan |Kes Arwah Adib : Rayuan bapa arwah didengar 28 Mei

Bagaimanapun, beliau mengakui kes itu “menggusarkannya” kerana kes pendakwa terhadap mereka amat lemah.

Katanya, penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas lemah kerana tidak melaksanakan sebarang serangan sejak kekalahannya pada 2009.

Katanya, memandangkan tindakan lelaki terbabit tidak berniat menyebabkan kecederaan atau kematian, Thomas percaya kes terhadap mereka, iaitu melakukan perbuatan pengganas, adalah lemah seterusnya membenarkan mereka dibebaskan.

isu berkaitan |Isu perlantikkan Thomas, Pas ‘talam dua muka’

“Dr Mahathir Mohamad berpuas hati dengan penjelasan saya kerana tiada kemungkinan mendapat sabitan terhadap mana-mana 12 tertuduh itu,” katanya.

Sumber Berita

COMMENTS