Raja Petra terus bela adiknya dan pas..? pas bisu seribu bahasa

Saya telah dituduh berbohong dalam kenyataan saya bertarikh 7 Jun 2021 yang membela hak anak tempatan agar diberi keutamaan peluang pekerjaan berbanding warga British yang diberi oleh Kerajaan dan menteri dari PAS.

Yang menuduh saya ‘bohong’ ialah seorang warga British yang kini lari ke England setelah mempunyai masalah semasa tinggal di Malaysia tidak berapa lama dahulu.

Nama orang berkenaan adalah Raja Petra Kamaruddin (RPK), yang juga merupakan abang pada Raja Idris yang baru dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Getah Malaysia oleh seorang menteri dari PAS.

Isu utama saya timbulkan dalam penulisan saya adalah kenapa dalam waktu krisis ekonomi kesan dari pandemik Covid-19, semasa anak Malaysia ramai yang menganggur, tiba tiba seorang warganegara Britain bernama Raja Idris Kamaruddin dilantik menjadi pengerusi Lembaga Getah Malaysia- LGM, selain dari diberi begitu banyak perlantikan dalam GLC oleh kerajaan PAS di Negeri Terengganu.

Satu senarai pernah mencatat belasan perlantikan GLC oleh PAS di Terengganu sahaja untuk beliau.

RPK telah menyerang saya dalam portal milik beliau, Malaysia-Today menuduh saya ‘berbohong’ dalam penulisan tersebut.

Disini saya senaraikan sekali lagi fakta fakta yang dikatakan ‘pembohongan’ oleh Raja Petra :

Syarikat TDM Bhd sejak dipengerusikan oleh Raja Idris telah mengalami kerugian pada beberapa tahun yang lepas. TDM Bhd juga tidak mengemukakan penyata syarikat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengikut undang undang untuk 3 tahun berturut-turut dan pertanyaan isu tersebut tidak di jawab walau pun telah di beri peluang untuk menjawab.

Apakah ada misteri rahsia besar yang hendak di sembunyikan sehingga 3 tahun berturut turut penyata TDM Bhd sengaja tidak dikemukakan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengikut undang undang?

Kedua dua adalah fakta.

CEO TDM bhd En Zainal Abidin Sharif dan juga seorang CFO TDM Bhd telah meletak jawatan pada tahun 2020 kerana tidak bersetuju dengan cara Raja Idris.

Kedua duanya ini juga adalah fakta.

Perlantikan Raja Idris sebagai Pengerusi LGM dalam masa yang sama beliau telah pun memegang begitu banyak pengerusi dan pengarah syarikat GLC lain menafikan dan menutup peluang ramai anak warga Malaysia tempatan lain yang gagal dapat pekerjaan walaupun mereka telah lama mengangur.

Ini adalah realiti fakta yang nyata wujud.

Dari fakta fakta di atas, dimanakah ‘pembohongan’ saya yang dituduh oleh Raja Petra dalam usaha beliau ingin membela adiknya?

Saya ingin menyatakan di sini dalam penyiaran semula penulisan saya, Raja Petra telah memasukan satu senarai rajah untung rugi TDM Bhd dari tahun 2014 hingga 2021 oleh beliau sendiri yang bukan dari saya. Senarai ini memang bukan dari rencana asal saya.

Untuk kali kedua sejak 2 tahun lepas ini, apabila isu Raja Idris ditimbulkan, Raja Petra lah yang tampil kehadapan menjawab dan cuba membela dan melindungi adiknya.

Sebagai tokoh korporat yang PAS anggap hebat, tidakkah Raja Idris berupaya membela diri sendiri tanpa perlu mengharap bantuan talian hayat dari abangnya yang jauh di England di mana Raja Petra mendapat suaka dari kerajaan Britain?

Sudah sampai masanya Raja Petra memberi kepercayaan keatas kewibawaan adiknya, Raja Idris menjawab sendiri dan membela dirinya sendiri.

 

Kalaupun perlu Raja Petra ingin membuat pembelaan untuk adiknya, silalah tampil di Malaysia dan berani muncul diperundangan Malaysia dan jangan berlindung jauh di belakang suaka Queen Elizabeth di Britain.

Jadilah anak jantan, masuklah gelangang untuk berhujah secara berhadapan dan bukan hanya menjadi juru sorak dari luar padang seperti penyokong bolasepak yang dirinya takut turun sendiri ke padang bermain bola .

Berapa banyak sudah perintah keputusan kes mahkamah di Malaysia yang dimenangi oleh pihak penuntut keatas Raja Petra yang beliau tidak hadir di sini tetapi bersembunyi jauh di England?

Be a true English gentleman and be brave enough to appear in Malaysia to state your allegations.

Nyatakan, dimanakah ‘pembohongan’ dalam penulisan saya?

Jika Raja Petra, seperti biasa, tidak sanggup muncul di Malaysia, membuat tuduhan di Malaysia, adiknya Raja Idris boleh menjawab sendiri tanpa bantuan jauh dari abang nya yang berada selamat di England di bawah suaka kerajaan Great Britain.

PAS sangat bertuah mempunyai seorang pembela dan jurucakap terulung seperti Raja Petra yang bernaung di bawah suaka penjagaan Queen of England, dimana beliau boleh terus membela parti PAS dengan segala kekebalan yang layak bagi dirinya sebagai rakyat Britain dilindungi kerajaan dibawah bendera berlambang Tiga Singa England.

Siapa sangka setelah PAS membentuk kerajaan Melayu Islam di Malaysia yang membenarkan tambahan hingga 22 cabutan Magnum setahun serta operasi Kasino Genting dan kilang Carlsberg semasa PKP Covid, PAS juga mempunyai jurucakap hebat dengan kekebalan dari undang undang Malaysia di bawah suaka kerajaan liberal England.

Saya hanya menyatakan isu untuk pembelaan keutamaan hak dan peluang pekerjaan graduan anak watan Malaysia yang ramai menganggur dan yang tidak bernasib baik.

SENATOR DATO’ RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu
Pengerusi Amanah Terengganu

Sumber :

COMMENTS