PRU-15 : Gendang mula ‘dipalu’, Pengerusi SPR sudah bagi ‘lampu hijau’,

Pandemik Covid-19 bukan halangan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, PRU-15 boleh dilaksanakan dengan syarat semua pihak boleh memberikan kerjasama sepenuhnya untuk mematuhi norma baharu dan Garis Panduan Pencegahan Covid-19 dalam pilihan raya.

Persoalan timbul bagaimanakah pelaksanaan PRU-15 boleh diadakan apabila sejumlah besar 15.3 juta pemilih layak akan keluar mengundi mengikut prosedur operasi standard (SOP), sedangkan kerajaan sebelum ini menangguhkan tiga Pilihan Raya Kecil (PRK) akibat pandemik itu.

Dalam hal itu, beliau berkatai, SPR bekerjasama rapat dengan jabatan dan agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk sebarang pelaksanaan kawalan berkuat kuasa dari semasa ke semasa selaras dengan apa-apa arahan terkini di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“SPR bertanggungjawab melaksanakan pilihan raya berdasarkan kepada bidang kuasa di dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu satu pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

Berita semasa |Krisis UMNO: Zahid Hamidi dan Anwar ingin bentuk Kerajaan

“SPR akan melaksanakan dengan ketat mengikut Garis Panduan Pencegahan Covid-19 dalam pilihan raya selaras dengan apa-apa arahan terkini di bawah akta itu,” katanya di sini hari ini.

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, SPR sedang membuat perancangan teliti bagi menghadapi kemungkinan berlakunya PRU-15 dalam tempoh pasca-Covid-19 bagi memastikan perjalanan pilihan raya yang selamat, lancar dan sempurna.

Antara langkah pencegahan Covid-19 yang dilaksanakan ialah pembersihan dan sanitasi di semua premis yang dikenal pasti akan digunakan pada pilihan raya; kawalan kehadiran di setiap premis yang digunakan pada jumlah paling minimum dan penggunaan sarung tangan getah diwajibkan ke atas semua petugas pilihan raya dan pegawai SPR yang bertugas bagi setiap proses pilihan raya.

Selain itu, penganjuran sebarang bentuk ceramah, syarahan dan perhimpunan bagi tujuan kempen oleh mana-mana parti politik sepanjang tempoh berkempen adalah tidak dibenarkan.

Berita Isu Politik |Giliran KJ letak jawatan menteri, PM pening kepala

Dalam pada itu, Abdul Ghani berkata, garis panduan itu akan dilaksanakan di semua proses pilihan raya sebagaimana yang dijalankan semasa PRK Chini, Slim dan Pilihan Raya Negeri Sabah.

Kata beliau, ia melibatkan pelaksanaan semasa taklimat petugas, penamaan calon, proses cetakan dan semakan kertas undi, pengeluaran dan pengiraan undi pos, semakan isi peti undi, sepanjang tempoh berkempen, hari mengundi dan penjumlahan rasmi undi.

Berita semasa |Seorang Tan Sri dah digulingkan, Seorang Tan Sri lagi menunggu masa

Bagi aktiviti berkempen pula, katanya, calon atau parti bertanding digalakkan berkempen mengunakan platform media sosial selain menggunakan media massa seperti melalui iklan surat khabar atau pun temuramah.

“Pada masa sama, pengedaran risalah melalui pos juga boleh dilaksanakan. Ini terpulang kepada kreativiti calon atau parti yang bertanding untuk meraih sokongan,” katanya.

– UTUSAN ONLINE

COMMENTS