Pimpinan UMNO dan PAS dinasihatkan tidak campuri urusan Mahkamah

Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing membidas ahli politik Umno dan PAS berhubung gesaan supaya kerajaan merayu keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah ‘Allah’.

Ini selepas Mahkamah Tinggi memutuskan penganut Kristian Sarawak berhak menggunakan kalimah “Allah” bati tujuan pendidikan dan keagamaan.

Mengulas desakan PAS dan Umno itu Masing berkata ahli politik kedua parti itu tidak patut campr urusan kehakiman.

“Menjadi harapan saya bahawa kita perlu membenarkan pihak agama dan mahkamah untuk memutuskan berkenaan isu-isu agama dan bukan ahli politik,” katanya dipetik Malay Mail.

Dia juga disebut sebagai tuntutan Umno dan PAS sebagai tidak masuk akal.

Masing juga anggota gabungan GPS Sarawak. GPS bersekutu dengan Umno dan PAS bawah pemerintahan Perikatan Nasional.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa kerajaan telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan larangan penggunaan kalimah “Allah” pada tahun 1986 kepada masyarakat bukan Islam.

Justeru, mahkamah sama memutuskan seorang wanita Kristian yang berbangsa Melanau berhak menggunakan kalimah “Allah” untuk tujuan keagamaan dan pendidikan.

Hakim Nor Bee Ariffin membenarkan tindakan undang-undang oleh Jill Ireland dalam kemelut yang berlarutan hampir 13 tahun.

Dia berkata arahan itu tidak mempunyai sokongan undang-undang dan oleh itu tidak sah dan tidak rasional.

Ireland, seorang penganut Kristian etnik Melanau memohon perisytiharan mahkamah bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dilanggar oleh sekatan atau larangan mengimport bahan pendidikan.

Hakim berkata tidak ada bukti penggunaan kalimah “Allah” oleh penganut Kristian masyarakat bumiputera Sabah dan Sarawak yang berbahasa Melayu selama lebih dari 400 tahun pernah mengancam ketenteraman awam.

Walaupun keputusan ini dilihat berbeza, ia tidak bertentangan dengan preseden sebelumnya yang ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 2015, ketika mahkamah tertinggi negara menolak rayuan Gereja Katolik Rom untuk menggunakan kalimah “Allah.”

Peguam Ireland menjelaskan ini kerana kes sebelumnya melibatkan cabaran terhadap enakmen agama negeri, manakala kes sekarang tidak melibatkan cabaran seperti itu.-MK

COMMENTS