Pembangkang ‘dipelawa’ menyertai Jawatankuasa khas darurat

Pakatan Harapan (PH) sudah menerima surat jemputan menyertai Jawatankuasa Khas Bebas yang bakal ditubuhkan bagi mengendali perjalanan darurat.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mengesahkan surat jemputan itu diterima semalam oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, surat berkenaan hanya menjemput dan mohon pembangkang menamakan tiga calon.

Berita semasa |Bersatu ‘matikan langkah’ UMNO, PN terus kekal berkuasa

“Terma dan syarat pelantikan serta bagaimana jawatankuasa itu bertindak tidak dinyatakan,” katanya kepada BH ditanya laporan yang menyatakan Anwar menerima surat jemputan untuk mencalonkan wakil pembangkang dalam Jawatankuasa Khas Bebas berkenaan.

Perkara yang sama disahkan pejabat Takiyuddin yang mengakui surat dihantar kepada Anwar petang semalam.

Saifuddin menjelaskan PH akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan mengenai surat jemputan itu serta calon yang dirasakan sesuai untuk dinamakan.

Berita semasa |“Mintak duit tak dapat”, Anak bakar rumah pusaka ayahnya

“Kita akan adakan mesyuarat dalam masa terdekat,” katanya namun enggan mengulas sama ada diberikan tempoh untuk menjawab surat berkenaan.

Pada pengumuman khas darurat, Isnin lalu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, bagi menjamin pelaksanaan tempoh darurat dibuat secara adil dan telus, sebuah Jawatankuasa Khas Bebas akan ditubuhkan.

Jawatankuasa itu ditubuhkan di bawah suatu Ordinan untuk menasihati Seri Paduka Baginda sama ada darurat besar masih berlaku dalam Persekutuan bagi meneruskan tempoh kuat kuasa Proklamasi Darurat atau menamatkan Proklamasi lebih awal dari tarikh ditetapkan.

Berita asal

COMMENTS