Pas sokong organisasi “pengganas antarabangsa” – MIC

Presiden MIC, SA Vigneswaran, membidas PAS dan menganggap parti itulah yang sepatutnya diharamkan kerana didakwa menyokong organisasi tidak rasmi antarabangsa.

“Jika membela hak masyarakat dan agama masing-masing ditafsirkan sebagai menghasut, (maka) PAS yang sepatutnya diharamkan.

“Ini kerana kita dengar ada banyak aduan terhadap mereka ketika menjadi pembangkang, (misalnya) sentiasa melakukan demontrasi berhubung isu antarabangsa.

“Dari dulu lagi banyak rakyat menganggap PAS menyokong organisasi antarabangsa yang berkaitan dengan pengganas.

“PAS juga suka mencampur tangan isu negara lain yang bercanggah dengan pendirian Malaysia bahawa kita tidak wajar masuk campur dalam hal kedaulatan negara lain,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Berita Penuh: MalaysiaKini

COMMENTS