PAS akan adakan mesyuarat tergempar susulan Umno bercerai dengan PN

PAS akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan situasi politik negara ketika ini serta kedudukan kerajaan.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata langkah itu susulan keputusan Umno menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin diikuti peletakan jawatan menteri daripada Umno.

“Kita akan adakan mesyuarat segera,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Umno mengumumkan menarik balik sokongan terhadap kerajaan dan Muhyiddin.

Presiden Ahmad Zahid Hamidi berkata, susulan itu Umno menggesa Muhyiddin meletakkan jawatan secara terhormat selepas kegagalannya serta keingkaran kerajaan pimpinan beliau terhadap titah Agong supaya Ordinan Darurat dibahas dan diungkaikan.

Sementara itu, Shamsul Anuar Nasarah daripada Umno turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Ia menyaksikan kedudukan kerajaan Muhyiddin semakin rapuh dan bakal tumbang bila-bila masa jika tiada majoriti.

–FMT

COMMENTS