PANAS !!! Sanusi “persenda” hukuman denda kesalahan langgar SOP?

“KALAU saya kena kompaun maka saya akan bayar dan untuk orang yang merakam pula, selepas ini saya akan hadiahkan gajet baharu untuk mudahkan dia rakam benda baik-baik.”

Demikian kata Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor yang turut memaklumkan beliau sedia disiasat dan berhadapan proses undang-undang sekiranya tindakannya melanggar prosedur operasi standard (SOP) sekatan pergerakan penuh.

Muhammad Sanusi turut mengesahkan akan memberi keterangan kepada polis Pulau Pinang hari ini.

Kata Muhammad Sanusi, beliau menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan dengan keterangan akan diambil petang ini sama ada di balai atau pejabatnya.

“Saya serah proses menentukan saya bersalah atau tidak bukan kepada netizen, bukan penyokong dan bukan pembenci kerana yang akan menentukannya adalah penguat kuasa undang-undang iaitu polis.

“Saya tidak kata saya tidak salah atau bersalah, jika berlaku pelanggaran SOP maka saya minta maaf kerana ia secara kebetulan. Saya memang suka menyapa orang dan bercakap.

“Kalau polis kata ada kesalahan dan didakwa, saya yakin tidak dikenakan hukuman gantung. Kalau kena kompaun saya akan bayar dan jika pekerja pusat pameran dikompaun, saya akan bayar juga,” katanya seperti laporan BH Online hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Dewan Al-Farabi, Alor Setar, hari ini. SUMBER

COMMENTS