NGO Amal Relief Malaysia jumpa wang tunai dalam tin putih selepas banjir Yan!

YAN – “Tuah ayam nampak di kaki, tuan manusia siapa yang tahu!”, itulah perumpamaan yang terbaik boleh digambarkan kepada pemilik wang tunai yang dijumpai tertimbus di dalam kejadian banjir di Yan, Kedah baru-baru ini.

Kejadian air pasang yang berlaku tiga hari lalu mengejutkan seluruh rakyat di negeri Kedah apabila ia melibatkan kehilangan nyawa penduduk tempatan.

NGO Amal Relif Malaysia adalah diantara pasukan NGO yang terawal turun membantu misi bantuan sejak dari hari pertama kejadian. Hari ketiga misi membantu mangsa banjir di Yan ini digemparkan dengan penemuan wang tunai yang dianggarkan mencecah RM3,000 ringgit.

Menurut setiausaha Amal Relif Malaysia, Suhaimi 39tahun, misi hari ketiga dijalankan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kampung Setul, Yan. Misi bermula seawal jam 9.00 pagi dan berhenti rehat pada jam 1.00 tengah hari.

“Saya dan Abang Hussin meninjau kawasan di belakang rumah salah seorang mangsa banjir, kebetulan ada sungai tidak sampai 100 meter dari belakang rumah, ujar beliau memberitahu wartawan.

Hussin Maalam 48 tahun, menceritakan detik-detik penemuan yang menggemparkan tengah hari tadi “SU minta saya tinjau keadaan disekitar tebing sungai, dan kami jumpa satu tin putih ditepi sungai, saya buka dan terkejut tengok duit banyak dalam tu” ujar beliau.

“Duit tunai itu kami telah serahkan kepada wakil Amal Relif Malaysia di Kedah. Alhamdulillah pada petang tadi, duit tersebut telah selamat diserahkan kepada tuan empunya”.

“Nasib baik ada sedikit info yang tertulis di tin putih tersebut yang menyebabkan pihak Amal Relif berjaya mengesan tuan sebenar duit tersebut” ujar Suhaimi.

 

 

COMMENTS