Muhyiddin jumpa Agong untuk letak jawatan esok?

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan esok?

Walaupun ini masih menjadi tanda tanya pemerhati politik negara, namun, laporan portal Malaysiakini memetik Ahli Majlis Pimpinan Bersatu, Datuk Seri Redzuan Yusof sebagai berkata ‘peletakan jawatan Muhyiddin akan diumumkan pada Isnin’.

“Esok akan ada mesyuarat khas kabinet sebelum Muhyiddin menghadap Agong untuk mempersembahkan surat peletakan jawatan,” Redzuan dipetik berkata, dalam laporan bertajuk, “Redzuan sahkan Muhyiddin persembah surat peletakan jawatan esok” yang disiar pada Ahad.

Pemerhatian Astro AWANI di ibu pejabat Bersatu hari ini mendapati pemimpin-pemimpin kanan parti berkenaan telah selesai mengadakan pertemuan apabila dilihat beberapa dari kalangan mereka meninggalkan ibu pejabat Perikatan Nasional (PN) sekitar jam 11.30 pagi tadi.

Redzuan ketika ditemui Astro AWANI berkata, PN buat masa ini, akur dengan ketentuan Perlembagaan.

Mesyuarat Bersatu | MPT Bersatu selesai mesyuarat

Apa akan jadi sekiranya PM letak jawatan?

Ahli Parlimen Alor Gajah itu turut memberikan isyarat tentang kemungkinan berlakunya satu pengumuman penting oleh Muhyiddin esok.

Perkembangan politik semasa

Kita akur kepada Perlembagaan. Sekiranya menarik sokongan atas dasar peribadi tanpa mengira kepentingan rakyat, maka kita kena uruskanlah secara terbaik,” katanya ringkas ketika ditemui di sini, pada Ahad.

“Jadi, terpulanglah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan perkara ini terus diterajui oleh kepimpinan yang boleh memberi keperihatinan dan kesejahteraan pada rakyat,” katanya.
Kredit : AstroAwani

COMMENTS