MB Kedah terlupa bahawa beliau berkuasa tegur syarikat Lotto dedah aurat

ALLAH SWT memberi peringatan serta menjanjikan azab yang pedih kepada manusia bukan hanya kepada mereka yang melakukan kezaliman, malah orang beriman juga tidak terlepas daripadanya jika bersama-sama membiarkan maksiat berleluasa walaupun mereka mampu mencegahnya.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah, ayat 2 yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tolongmenolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu tolong-menolong pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah amat berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).”

Surah Surah AlHajj ayat 41, Allah SWT juga berfirman yang bermaksud : “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”

Amat menyedihkan apabila Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Nor mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Kedah langsung tiada kaitan dengan syarikat Lotto yang mengeluarkan video promosi jersi pasukan KDA FC yang ditularkan sebelum ini.

Kontroversi mula melanda pasukan Hijau Kuning apabila video promosi jersi pasukan tersebut secara terang-terangan mengeksplotasikan wanita dalam keadaan mendedahkan aurat yang turut mengundang kecaman dari para penyokong.

Sanusi tidak boleh melepaskan tangan begitu sahaja kerana pasukan KDA FC berada di bawah pemantauan Kedah FA yang mana Sanusi merupakan Presidennya. Daripada 100% milikan saham, 20% adalah dimiliki oleh MBI iaitu Menteri Besar Kedah Incorporated. 80% lagi masih menjadi milik KDA FC. Jelas kerajaan Kedah yang diterajui oleh Sanusi tetap mempunyai kaitan secara langsung dengan pasukan KDA FC.

Selaku Menteri Besar yang beragama Islam, adalah begitu lemah sekiranya beliau tidak dapat menegur syarikat Lotto sebelum membuat keputusan mengeksplotasikan wanita dalam keadaan mendedahkan aurat. Kuasa telah ada ditangan, namun beliau masih lagi tidak mampu untuk mencegah kemungkaran. – INK

COMMENTS