5,298 kes baharu, 4,522 kes sembuh, 14 kematiaan

Malaysia terus merekodkan kes harian Covid-19 melebihi 5,000 kes iaitu 5,298 kes sekali gus menjadikan kes positif negara sebanyak 214,959 kes.

Bagaimanapun bagi kes sembuh pula, sebanyak 4,522 kes dan menjadikan keseluruhan kes sembuh sepenuhnya ialah 166,049 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 313 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 127 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 14 kematian.

“Bagi kes aktif pula, Malaysia merekodkan sebanyak 48,150 kes manakala Selangor mencatatkan 2,460 kes positif diikuti Johor, 1020 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

–utusan

COMMENTS