Kerajaan yang tidak sah, Belanjawan pon tidak sah – Ku Li

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan dia tidak hadir dalam sesi undian Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat kerana berpendapat kerajaan Perikatan Nasional (PN) “tiada keabsahan”.

Bercakap dalam bual bicara mengenai masa depan Malaysia di Kajang hari ini, kata Tengku Razaleigh, tidak ada guna mengundi belanjawan yang dikemukakan oleh sebuah kerajaan sebegitu.

“Jawapan saya senang. Kerana kerajaan itu mengemukakan belanjawan, dan kerajaan itu tiada keabsahan.

“Maka bagi saya tak ada erti saya hadir undi belanjawan yang tidak sah, yang dikemukakan oleh kerajaan yang tidak sah.

Baca juga Artikal ini |Siapa berani ambil tindakan terhadap Ku Li ???

“Dari segi perlembagaan itulah dia,” katanya dalam acara anjuran Majlis Profesor Negara itu.

Dia menjawab soalan penonton yang mempersoalkan mengapa dia tidak hadir dalam undian belanjawan, sehingga undian terakhir pada bacaan ketiga.

Meskipun berada dalam parti kerajaan, Tengku Razaleigh tidak menyertai mana-mana undi belah bahagi sepanjang belanjawan dibahaskan di peringkat jawatankuasa, dan ketika ia dibaca untuk bacaan ketiga.

–Malaysiakini

COMMENTS