Kerajaan PN tunduk kepada MCA benar israel guna ruang udara Malaysia

Di tengah- tengah umat Islam Palestin diganyang oleh rejim zionis Israel, negara kita beri keistimewaan kepada pesawat Israel melalui ruang udara kita. Sebaliknya, untuk rakyat Palestine, kita beri mereka ‘mask’.

Umat Islam negara kita bukan main marah kepada Israel terutama para penyokong setia kerajaan gagal perikatan nasional yang didalamnya punya pas umno bersatu ‘walaun’ sampaikan buat kempen boikot produk keluaran Israel atau yang ada hubungkait dengan Israel. Kelakarnya, mereka buat tidak tahu saja bila kerajaan tebuk atap yang parti lebai pun terlibat, membenarkan pesawat Israel berlegar merentasi ruang udara kita. Pelik tak?

Tidak pelik. Lupakah kita pada tahun 2019 sewaktu PH sebagai kerajaan, kerajaan PH telah membuat keputusan untuk memberikan bantuan biasiswa kepada pelajar-pelajar Palestin yang menuntut di negara ini untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah, tetapi ada pihak yang membantah usaha untuk membantu pelajar-pelajar Palestin tersebut.

Siapa mereka? Bantahan itu datangnya dari Timbalan Ketua Pemuda MCA. Bukan Dap, tetapi MCA. Pelik apanya jika kali ini Israel dapat keistimewaan? Anda tahu siapa Menteri Pengangkutan sekarang? Dari parti mana? Bukan Dap ok.

Lebai buat apa dalam kerajaan tebuk atap? Berbaloikah kutip derma jihad tin milo kononnya jihad untuk lawan Israel dalam masa yang sama Israel goyang kaki lalu terbang atas serban kamu? Lebai redho atau tidak? Tolak dalam hati kerana takut hilang jawatan?

COMMENTS