Gerakan tidak bimbang kalah dalam PRU, janji Kerajaan PN kekal

Penyertaan Gerakan dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) dilihat hanya ‘mengampu kerajaan’ untuk memenangi kerusi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Menyedari hakikat Gerakan tiada kekuatan serta pengaruh besar dan untuk mencapai matlamat itu, strategi terbaik adalah berpaut kepada satu pakatan yang jelas terletak kepada PN.

Pemerhati politik bebas, Arif Anwar Lokmanul Hakim berkata, kadar boleh menang Gerakan adalah kurang berbanding MCA menyorot keputusan PRU-14 yang menunjukkan Gerakan kalah di semua kerusi.

Malah Gerakan tidak akan memecahkan undi antara parti komponen lain seperti UMNO dan Pas melainkan parti itu berjaya membentuk perlawanan satu penjuru berdepan MCA atau Pakatan Harapan (PH).

“Sekiranya Gerakan terpaksa berlawan secara tiga penjuru, maka Gerakan akan hangus kerana undi sudah berpecah dan lebih memihak kepada parti lain.

berita semasa | Jangan mimpi nak tanding kerusi UMNO,BERSATU berkubur PRU15

“Contohnya, kalau Gerakan bertemu UMNO dan Pas di Parlimen Simpang Renggam, segalanya terletak kepada pengundi Melayu yang menjadi penentu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Arif Anwar mengulas pendirian mengenai peluang memenangi kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah PN yang dilihat masih kabur menyorot kekalahan parti itu semasa di dalam Barisan Nasional (BN) pada PRU-14.

Gerakan bertindak keluar daripada gabungan BN pada 23 Jun 2018. Selepas itu, gerak kerja Gerakan dalam arena politik tanah air semakin tenggelam. Pada 11 Februari lalu, Gerakan secara rasminya menjadi salah satu parti komponen di dalam PN setelah menerima surat pengesahan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Pengerusi PN.

Kelmarin Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai tidak bimbang jika tidak memenangi sebarang kerusi pada PRU-15 asalkan PN kekal, walaupun tanpa wakil daripada Gerakan.

berita berkaitan | “Pancing ikan guna umpan, pancing orang guna wang” – Zahid Hamidi

PN yang terbentuk bukan melalui pilihan raya dan tidak mendapat mandat daripada rakyat sejak Langkah Sheraton pada Februari tahun lalu kini dianggotai Pas, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP) serta kerjasama dengan UMNO.

Senada dengan Arif, Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun berkata, tidak jelas bagaimana Gerakan akan memenangi kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang.

“Sekali pun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberikan kerusi majoriti Melayu secara besar-besaran kepada Gerakan, hasilnya mungkin tidak memuaskan kerana Bersatu sendiri berjuang di kerusi yang sama. Mungkin Pas yang pemurah dapat memberikan kerusi kepada Gerakan,” katanya.

Bagaimanapun bagi penganalisis politik Universiti Malaysia Sabah, Dr. Lee Kuok Tiung, tiada masalah untuk Gerakan menyertai PN setelah mengambil kira tempoh dua tahun selepas meninggalkan BN.

“Mahu tidak mahu mereka mesti sertai mana-mana parti perikatan untuk terus relevan dalam politik negara. Gerakan akan rugi jika bergerak secara sendiri,” katanya.-MK

COMMENTS