Di mana Menteri Agama disaat pelajar universiti “gila” dengan Sugarbook?

Aplikasi mencari pasangan dalam talian ‘Sugarbook’ yang mencetuskan kontroversi ketika ini, adalah strategi mempromosi jenayah maksiat yang melampau. Iklan temu janji berunsur lucah yang mempromosikan amalan maksiat, Sugar Daddy dan Sugar Baby tidak seharusnya berlaku di negara Malaysia yang terkenal dengan adat budaya dan agama rasmi negara adalah Islam.

Sugarbook ialah aplikasi yang didakwa boleh menghubungkan ‘sugar daddy’ atau ‘sugar mommy’ dengan ‘sugar baby’ dari negara ini dan seluruh Asia.

Panggilan ‘sugar daddy’ atau ‘sugar mommy’ merujuk kepada lelaki atau wanita berusia lagi berharta yang sanggup menawarkan wang, hadiah atau habuan lain kepada temannya yang lebih muda iaitu ‘sugar baby’ sebagai pertukaran kepada jalinan hubungan.

Dengan pendedahan yang menggemparkan baru-baru ini, statistik menunjukkan seramai 12,705 pelajar IPT berdaftar dengan aplikasi Sugarbook yang disifatkan bertentangan dengan hukum Islam.

Berdasarkan rekod, terdapat peningkatan lebih 40 peratus pendaftaran pengguna baharu aplikasi itu akibat desakan hidup sewaktu pandemik COVID-19 yang masih lagi menular di seluruh dunia.

Disebalik kontroversi yang sedang hangat diperkatakan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkaitan aplikasi ‘Sugarbook’ tersebut.

Beliau dilihat masih mendiamkan diri walaupun isu ini mula hangat diperkatakan di media-media sosial. Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary sahaja yang memberikan maklum balas ketika diajukan soalan oleh wartawan.

“Ini satu perkara yang sangat mendukacitakan kita dan saya sudah sebut bahawa pihak kerajaan akan mengenakan tindakan yang lebih keras dan tegas terhadap mereka yang terbabit.” ujarnya.

Di dalam komen-komen di media sosial, warganet mula mempertikaikan kewujudan Menteri Agama kerana sehingga sekarang tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh beliau.

“Menteri Agama bz agaknya dengan kerja-kerja di pejabat, jangan kacau dia dengan isu yang remeh macam ini”, X yah tgk laman porno. Tgk MENTERI pun lebih kurang sama jaaa… Time gemok, tudung katop dada, dah kuruih, tudung balot tengkok jaa… Phuiiiii 😏 ujar Apit Morad.

Dzul Helmi Jaapar turut memberikan komen, “Dah ada kuasa kan YB? Execute saje”.

Beberapa komen turut mempertikaikan tugas dan tanggungjawab SKMM, Ahmad Fuad Sidek “Terhegeh2. SKMM x de fungsi ke?”. Nat Shu “Tak habis lagi kisah gula buku ni. Nak sekat pon susah ke? Hari2 masuk news, sekatnya tidak lagi.”

COMMENTS