GEMPAR!!! Projek untuk “kroni” Sanusi mula diagih?

Sejak semalam tular sekeping gambar yang didakwa sebagai penganugerahan projek kerja-kerja penyelenggaraan jalan negeri oleh kerajaan Kedah kepada kontraktor-kontraktor yang melibatkan beberapa daerah atau bahagian di negeri Kedah.

Beberapa kontraktor mula “bising” di dalam kumpulan Whatsapp dan Facebook takkala mereka sendiri tidak tahu bahawa tender kerja-kerja penyelenggaran telah dibuka kepada awam. Pagi ini berita tersebut mula merebak di kedai-kedai kopi dan menjadi antara buah mulut panas pagi ini.

“Bagaimana kami kontraktor Melayu pun tak tahu menahu tentang perkara ini? Pelik sebab selalunya apa-apa tender yang dibuka oleh kerajaan sebelum ini pihak kami akan dapat maklumat? Benda ni akan diwar-war kepada umum!” Ujar seorang kontraktor Bumiputra sambil minum pagi di sebuah gerai di Alor Setar.

“Bila aku tengok senarai ni, semua syarikat tu kroni Sanusi..hangpa tengok satu syarikat boleh dapat sampai dua kontrak, bukan sikit RM1.4 juta kut” “Pi tanya kontraktor-kontraktor kat Alor Setar ni sapa yang tau tander ni bila depa buka? Bila buka pun kita tak tau..kata kerajaan Islam, tapi bedak sama-sama kroni depa saja”.

Adakah Sanusi tidak tahu menahu tentang perkara ini atau beliau sengaja membiarkan perkara ini terjadi? Persoalan yang bermain sekarang, adakah Sanusi yang mengatur semua ini? Di mana keadilan dan ketelusan yang katanya ingin dibawa oleh Sanusi?

COMMENTS