GEMPAR!! Muhyiddin berbohong isu pelantikan Azam Baki?

GEMPAR!! Muhyiddin berbohong isu pelantikan Azam Baki?

Bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menafikan dia memilih Azam Baki untuk dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.

Sebaliknya, Muhyiddin berkata, Ketua Setiausaha Negara mencadangkan pelantikan Azam dan ia turut mendapat diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, lapor Astro Awani.

“Ya, dia dilantik waktu saya (perdana menteri) bila berlaku kekosongan bekas pesuruhjaya yang dahulu berhenti maka perlu ada pengganti.

“Yang melantik bukan saya iaitu selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan proses lantikan itu teratur mengikut peraturan.

“Pelantikan itu diperakukan oleh sebuah jawatankuasa, Ketua Setiausaha Negara mencadangkan nama, bukan saya pilih, KSN cadangkan kerana fikir dia layak,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara.

Muhyiddin juga menjelaskan, pelantikan Azam melalui prosedur yang ditetapkan untuk mana-mana jawatan dalam kerajaan.

Kenyataan itu bagaimanapun dilihat bercanggah dengan kenyataan akhbar Azam pada 9 Mac 2020 susulan pelantikannya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.

Dalam kenyataan itu, Azam merakamkan ucapan terima kasih kepada Muhyiddin kerana mencadangkan pelantikannya kepada Seri Paduka Baginda yang kemudian memperkenankan pelantikan itu.

Muhyiddin mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said pada Ahad lalu yang mempersoalkan apakah Muhyiddin ada memeriksa latar belakang Azam sebelum memberi nasihat berkenaan pelantikannya kepada Agong.

Kenyataan Azalina itu susulan kontroversi yang melanda Azam berhubung pemilikan saham yang dikaitkan dengannya. Azam bagaimanapun mengaku adiknya Nasir Baki menggunakan akaun perdagangan miliknya untuk membeli lebih dua juta saham dan waran dua syarikat pada 2015 dan 2016.

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Abu Zahar Ujang menafikan Azam melakukan sebarang salah laku, namun anggota panel LPPR yang lain mendakwa pendirian tersebut hanyalah pandangan peribadi Abu Zahar.

Bekas ketua setiausaha sulit Muhyiddin, Marzuki Mohamad pula berkata tidak timbul isu sama ada bekas perdana menteri itu ada membuat semakan latar belakang terhadap Azam atau seballiknya.

Ini kerana katanya, Azam sudah pun menjadi timbalan ketua pesuruhjaya SPRM sebelum pelantikannya, dan terikat dengan peraturan dan prosedur di bawah perkhidmatan awam.

COMMENTS