GEMPAR !! Ku Rafidah kejutkan ramai pihak, dakwa masuk Kaabah ditemani Raja Arab Saudi

Wanita dipercayai berasal dari Kedah semalam menggemparkan negara apabila telah membuat Live Facebook (FB) di Tanah Suci sambil menyebarkan dakyah palsu yang boleh menyesatkan akal para penonton yang mengikuti siaran langsung tersebut.

Live FB dan hantaran FB wanita tersebut turut mendapat komen kecaman daripada para netizen. Antara yang diulas adalah mengenai wasiat Nabi Muhammad SAW kepada Dr MAZA dan berharap dapat berjumpa segera dengan Mufti Perlis itu sejurus pulang ke Malaysia pada hujung minggu ini.

Seorang netizen dipercayai kakak wanita tersebut meminta para netizen untuk memahami situasi adiknya yang dalam keadaan agak kecelaruan. Mungkin terlalu banyak  berguru dan rasa ilmu di dada sudah cukup menyebabkan Ku Rafidah ini terlalu ghairah dalam mengulas sesuatu yang tidak ada kekuatan hujah.

Ada juga netizen yang meminta Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) untuk mengambil tindakan tegas dan menyiasat dakwaan yang jauh tersimpang dari ajaran agama Islam. Tidak ketinggalan ada juga yang mencari syarikat umrah dan mutawwif kepada wanita tersebut kerana mereka merupakan individu yang bertanggungjawab ke atas keselamatan dan pergerakan wanita tersebut sepanjang di Tanah Suci.

Agak mengusik hati adalah dakwaan Ku Rafidah berkesempatan solat di dalam Kaabah sambil diiringi oleh Penjaga Dua Kota Suci iaitu Raja Salman. Setahu kita semua mereka yang mendapat peluang sebegini adalah tokoh negarawan sahaja.

Semoga Puan Ku Rafidah dapat kembali menemui jalan kebenaran dan tidak lagi menimbulkan satu kontroversi yang mampu ‘menyesatkan’ minda umat yang tidak ada pengetahuan.–KK

COMMENTS