Covid-19 semakin tidak terkawal, apa Muhyiddin buat?

JUMLAH KEMATIAN DAN PESAKIT DI ICU.. APAKAH SISTEM KESIHATAN KITA KRITIKAL ?
Hari ini 2643 Kes baru Positif Covid-19 dicatatkan.. bagi aku itu takpa lah.. tetapi yang membimbangkan, Hari ini 16 Kematian dilaporkan..Laporan Kematian tertinggi setakat ini..
Sebelum ini kes yang ditempatkan di ICU hanya sekitar 120 kes.. Melonjak awal minggu kepada 140.. dan hari ini jumlah melonjak kepada 170 mereka yang dirawat di ICU.., Manakala mereka yang dapat bantuan Pernafasan dari 60 melonjak kepada 82 kes mereka yang memerlukan bantuan pernafasan.
Semalam kita sudah dapat lihat petandanya jelas.. bila mana dari 8 Kematian.. 7 darinya adalah dari Hospital di Semenanjung yakni Hospital Sunga Buluh , Ampang ,Hospital di Johor dan Pulau pinang…. hanya satu di Sabah.. Berbeza dengan trend sebelum ini 90% Kematian di Sabah..
Seperti aku sentuh sebelum ini, Melihat dari petanda pesakit yang ditempatkan di ICU..Dan Pesakit yang mendapat bantuan Pernafasan.. Apakah sistem kesihatan kita sudah ditahap kritikal ? apakah situasi yg berlaku di Sabah ini sudah berlaku di semenanjung.. dari surat pakar kesihatan.. dari gambar dan Video yang tersebar.. Jelas, Kerajaan sudah hilang kawalan.. dan Kerajaan sudah gagal…

Keadaan yag cukup sesak tidak sesuai untuk pesakit Covid19 dan tidak efektif untuk membendung penularan.

Nampak jelas Pengurusan Bencana dari Nadma, MKN dan Penasihat kesihatan Negara telah gagal melaksanakan tugas mereka… Ini yang perlu diberi perhatian oleh MKN, Bukan sibuk berdrama bawa anggota tentera bersenjata.. kawad berduri pagar kawasan PKPD kononnya nak kawal wabak.. Tugas MKN dan NADMA menyediakan kawasan, Perkhidmatan kesihatan untuk proses kuarantin dan tempat mereka dirawat…
Tidak ada satu inisiatif menggunakan Hotel hotel murah , Hostel sebagai persediaan untuk tempatkan pesakit bergejala ringan.. setidaknya bagunan sementara…..Tidak ada langsung.. Tidak logik bila kawasan lapang yang sesak jadi tempat rawatan.. Sebab situasi sebegini kes akan jadi semakin teruk.. Jadi apakah Kerajaan sudah kekeringan Dana ?

Situasi di MAEPS Serdang yang dijadikan pusat kuarantin pesakit Covid19 bergejala ringan dan tidak bergejala

Apakah Menteri Kesihatan sudah gagal… Atas sebab tidak terurus inilah yang boleh sebabkan mereka yang tidak bergejala..bercampur mereka yang ada gejala berat. Selepas itu ditempatkan dalam keadaan sesak dan akhirnya menyebabkan kes di ICU meningkat…
Sudah sudahlah Muhyidin… Kamu itu Pengkhianat.. Apa yang berlaku ini atas kejahatan dari kerja khianat kamu…Sudah masanya serahkan amanah ini kepada yang berhak menerimanya… lagi baik dari kamu umumkan perletakan jawatan kamu dari kamu umumkan untuk melaksanaan PKP..
Apakah ini gambaran Kerajaan yang mendapat Rahmat Tuhan sebagaimana dikata Ulama Jahat dari Utara ?

COMMENTS