Bersatu gagal daftarkan kami, pilih PBM sebagai wadah politik

IPOH – Penggerak Komuniti Negara (PKN) Perak mendedahkan permohonan hampir kesemua ahli mereka yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak diproses walaupun yuran keahlian telah dibayar.

Setiausaha PKN Perak, Sharifah Hazlina Syed Musa Jamalullail berkata, usaha mendaftarkan ahli PKN ke dalam Bersatu bermula selepas Kongres Negara yang berlangsung pada Ogos 2020.

Menurutnya, bagaimanapun kira-kira 2,000 ahli PKN yang sudah menyerahkan borang keahlian menyertai Bersatu masih belum diterima masuk ke dalam parti itu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong.

“Saya boleh jawab semua hal berkaitan keahlian PKN untuk sertai Bersatu. Saya yang menguruskan semua dokumentasi berkaitan keahlian PKN bagi menyertai Bersatu selepas Kongres Negara yg berlangsung pada Ogos 2020.

“Soal kemasukan keahlian PKN ke dalam Bersatu Perak, saya boleh perincikan satu persatu apa sebenarnya berlaku sehingga membawa kepada tertubuhnya Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang dilancarkan pada 21 Disember lalu,” katanya kepada Sinar Harian.

COMMENTS