“Arak adalah anugerah Allah kepada agama lain” – Menteri Pas

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sebelum ini dalam satu temu bual pernah menyatakan bahawa penjualan arak patut diharamkan sekiranya ia memudaratkan.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus, Terengganu itu memberi gambaran bahawa meminum arak itu sebagai suatu hak ekslusif yang diberikan oleh Allah kepada agama-agama lain.

“Isunya adakah ia (arak) memudaratkan? Kalau arak itu memudaratkan maka ia patut diharamkan untuk dijual di peringkat umum.

“Tetapi adapun hak yang diberikan oleh agama masing-masing untuk minum arak, itu hak mereka, dan kita akan benarkan kerana itu hak yang diberikan oleh Allah SWT kepada agama lain.

“Arak sebagaimana agama membenarkannya, kita akan berikan hak kepada mereka.” kata beliau di dalam temu bual melalui saluran TV Pertiwi pada Oktober tahun lalu selepas Pas bersama dengan parti lain membentuk kerajaan Perikatan Nasional secara “Tebuk Atap”.

Khairuddin sebelum ini telah mencetuskan kontroversi apabila beliau membuat penafian telah ditahan di sekatan jalan raya (SJR) Perasing, Kemaman. Ketua Polis Terengganu sebaliknya telah mengesahkan bahawa Khairuddin memang telah melalui SJR Perasing pada 16 Mei lalu.

COMMENTS