Ustaz oh ustaz, tergamak kau buat pada anak murid sendiri

Ustaz oh ustaz, tergamak kau buat pada anak murid sendiri

Baru sahaja bebas menjalani hukuman penjara 10 hari lalu, seorang guru agama bergelar ustaz sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen, hari ini, dengan dakwaan sama iaitu melakukan kelucahan melampau terhadap kanak-kanak pada Mac tahun lalu.

Nik Hazmi Ghani, 39, didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun pada Mac 2019 jam antara 2 hingga 3 pagi dalam kejadian di sebuah pondok tahfiz, Kubang Kerian.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara minimum tiga hingga 15 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Negeri, Nor Azlinawati Mohd Arshad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 Januari untuk sebutan semula kes dan tiada jaminan ditawarkan.

Sebagai rekod pada 2016, tertuduh dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang pelajarnya pada tahun 2014.

Berita Penuh : Malaysiakini

COMMENTS