[TERKINI] SPRM terjah SADA kumpul bukti Vellfire Hitam KEP5000

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah mengunjungi pejabat Syarikat Air Darul Aman (SADA) bagi meneliti dokumen-dokumen berkaitan pembelian sebuah kereta mewah yang tular di media sosial baru-baru ini.

Pengarahnya, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap bagaimanapun menjelaskan, kehadiran para pegawainya ke pejabat itu untuk menjalankan penyelidikan awal berkaitan perkara tersebut.

“Kalau ada yang mendakwa kami lakukan serbuan, itu tak betul. Sebenarnya pegawai kami ke sana hanya untuk melakukan penyelidikan awal setelah isu tersebut tular di media sosial baru-baru ini.

“Segalanya masih di peringkat awal. Setakat ini tiada apa yang boleh saya maklumkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: GEMPAR!! : Vellfire KEP5000 milik SADA telah dijumpai!

ARTIKEL BERKAITAN: PANAS! : Masalah air tidak selesai, Sanusi guna SADA beli kereta baru!

Baru-baru ini tular di media sosial pembelian kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire oleh syarikat berkenaan ekoran beberapa pihak dilihat mengaitkannya dengan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor.

Bagaimanapun SADA dalam satu kenyataan pada 15 Oktober lalu mendakwa Muhammad Sanusi tiada kaitan dengan keputusan syarikat untuk membeli kenderaan tersebut selain pembeliannya dilakukan mengikut prosedur perolehan yang betul.

Mengulas lanjut Shaharom Nizam berkata, pihaknya turut mengambil beberapa dokumen berkaitan untuk diteliti.

“Kita hanya jumpa pihak pengurusan untuk bertanya beberapa perkara. Oleh itu, saya harap tiada mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi.

“Kedatangan kami dibuat atas inisiatif sendiri berikutan isu tersebut tular di media sosial. Setakat ini tiada mana-mana pihak membuat laporan berhubung isu berkenaan,” katanya. – UTUSAN

COMMENTS