Terkini!!! Jangan kritik kerajaan PN, jika takut ‘dilabel’ seekor binatang

Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang diselar keterlaluan dan cuba menghina sesama manusia apabila membandingkan pengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan binatang dan haiwan.

Pengerusi AMANAH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, Hadi memandang manusia yang mengkritik kerajaan di tahap lebih rendah dari binatang apabila mengatakan kera dan tupai lebih pandai memilih buah yang baik.

“Ini adalah suatu penghinaan sesama manusia.

“Rakyat yang mengkritik kerajaan PN dalam sebuah negara yang sepatutnya mengamalkan demokrasi, diturunkan darjatnya ke tahap seekor binatang – haiwan.

“Allah mencipta manusia sebaik-baik makhluk dari kalangan segala ciptaan makhluknya. Tetapi Haji Hadi telah meletakkan kita di tahap lebih rendah dari makhluk haiwan,” bidasnya dalam satu kenyataan balas hari ini.

Pada semalam, Hadi membandingkan golongan pengkritik kerajaan PN dengan tupai dan kera.

Beliau berkata, terdapat pihak yang sentiasa mencari kesalahan dan kelemahan kerajaan PN.

“Binatang tupai dan kera memilih buah-buahan yang baik, namun ada manusia yang mencari buah-buahan yang buruk untuk dijual,” tulisnya di hantaran Facebook malam tadi.

Bagaimanapun Kamarul berkata, walaupun Hadi membandingkan pengkritik PN dengan haiwan, namun ia tidak seteruk Umno yang pernah dikafirkan Hadi satu ketika dahulu.

“Saya yakin walaupun kita diturunkan darjat lebih bawah dari haiwan, tetapi kita masih mempunyai keimanan dan lebih bernasib baik dari saudara kita dari Umno yang telah dikafirkan melalui amanat Haji Hadi di Banggol Peradong pada tahun 1981,” katanya.

Pada masa sama, Kamarul menyertakan potongan ayat al-Quran dari Surah Al- Hujaraat yang berbunyi: Wahai orang orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang di cemuhkan itu lebih baik dari mereka.

Justeru beliau menyeru agar ahli-ahli AMANAH supaya menjaga akhlak dan lidah dalam menjawab tuduhan liar. –MD

COMMENTS