TERGEMPAR!! ADUN DAP Perak dilepas polis, didakwa positif dadah

TERGEMPAR!! ADUN DAP Perak dilepas polis, didakwa positif dadah

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Terence Naidu dilepaskan dari tahanan polis susulan penahannya kerana didakwa positif bahan terlarang.

Malaysiakini memetik peguamnya RSN Rayer mengesahkan perkara itu.

“Ya dia (Terence) ditahan. Saya hadir prosiding reman hari ini.

“Mereka (polis) meminta empat hari dan saya membantah reman itu. Mahkamah memerintahkan (untuk) dia dibebaskan,” katanya ketika dihubungi.

Naidu dari DAP dilantik semula menjadi ADUN Pasir Bedamar berhampiran Teluk Intan dalam pilihan raya umum (PRU) 2018.

FMT sebelum ini melaporkan seorang ADUN Perak ditahan selepas dikatakan sah positif dadah susulan serbuan di sebuah kelab malam di Perai, malam tadi.

Menurut sumber polis, beliau ditemui bersama 35 yang lain di kelab malam itu.

Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.–FMT

COMMENTS