Perarakan pedati Thaipusam ke Batu Caves diluluskan MKN

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, mengumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) meluluskan perarakan pedati yang membawa arca Dewa Murugan sempena perayaan Thaipusam kali ini.

Katanya, perarakan pedati itu akan berlangsung dari kuil Jalan Bandar ke Batu Caves pada 27 Januari ini, dan kembali dari Batu Caves ke kuil Jalan Bandar, 29 Januari.

Berita berkaitan |MB Kedah ‘angkuh’, batal cuti peristiwa Thaipusam tanpa budi bicara – MIC

Bagaimanapun, beliau berkata, ia perlu mematuhi syarat dan prosedur operasi standard (SOP) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Baca juga berita ini |“Jangan politikkan semua perkara”,-MB Kedah ‘bidas’ kenyataan MIC

“Syaratnya, ‘chariot’ (pedati) tidak boleh berhenti di mana-mana, pengikut tidak lebih daripada 10 orang, tiada muzik dan lain-lain,” katanya melalui hantaran dalam Twitter rasmi beliau, semalam.

Artikel asal

COMMENTS