Penyeludupan daun ketum meningkat tiga kali ganda

Rampasan barang seludup terutama daun ketum meningkat tiga kali ganda bulan ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad memberitahu, nilai rampasan kes penyeludupan itu mencecah RM3 juta.

Berita Berkaitan |Pemuda ditahan, daun Ketum bernilai RM 71,750 berjaya dirampas

Katanya, jumlah tersebut melibatkan rampasan yang dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) negeri, dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Isu berkaitan |Edar ketum guna bas ekspres berjaya ‘dihidu’ pihak Polis

“Aktiviti penyeludupan ini melibatkan pelbagai barangan termasuk kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Racun 1952, Akta Makanan 1983 dan sebagainya.

“Jika melibatkan ketum pula, sejak awal tahun sehingga kini, terdapat 12 kes yang merangkumi jumlah keseluruhan rampasan kira-kira 5,000 kilogram,” katanya ketika ditemui selepas membuat pemantauan sekatan jalan raya (SJR) sempadan daerah di SJR Kaki Bukit, Jalan Kem Tasoh di sini hari ini.

Sumber Berita

COMMENTS