PANAS !!! : Tiga “Ayam Sabung” Pas kini berada dalam parti AMANAH

Awal September 1998, susulan dari pemecatan DSAI dari jawatan TPM dan sekaligus dari UMNO, suasana gawat sedang menyelubugi Kuala Lumpur.
Ketika itu, ‘tiga ayam sabung’ Pas sedang berprogram di tiga negeri berbeza (Kemaman Terengganu, Kuantan Pahang dan Gombak Selangor).

Salah seorang dari ‘ayam sabung’ Pas telah menghubungi Presiden Pas “Kuala Lumpur dok kalut ni Ustaz, kita nak buat apa?” tanya beliau.
“Anta pa balik mai pejabat Harakah malam ni” arah Ustaz dari hujung panggilan.

Yang dari Kemaman dan Kuantan segera bergerak ke KL dan terus ke pejabat Harakah, mereka sampai jam tiga pagi dan terus berbincang, “kita kena gerakkan NGO dan parti politik” keputusan dicapai.

Pagi esoknya, Al Marhum Syed Muhammad (pegawai di Pejabat Pas Pusat) dipanggil, “hubungi semua NGO yang ada dan parti politik, kita bermesyuarat di Markaz Tarbiah”.

Dalam masa 48 jam kemudian, Markaz Tarbiah, Taman Melewar menerima tetamu yang ramai dari lebih 70 NGO dan parti² politik. Al hasilnya, tertubuhlah Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) dan anggota mesyuarat sebulat suara menamakan Ustaz Fadzil sebagai Pengerusi Gerak.

Dalam politik, yang penting adalah ‘tangkas’ dan ‘cekap’ mengambil kesempatan atas ‘pergolakan’ yang berlaku.

Sekarang tiga ‘ayam sabung’ Pas bergabung pula dalam Amanah, yang di Kemaman adalah YB Dato’ Mahfuz Omar, yang di Kuantan adalah YB Dato’ Sri Solahuddin dan yang di Gombak adalah YB Hj Muhammad Sabu.

Sumber :

Awal September 1998, susulan dari pemecatan DSAI dari jawatan TPM dan sekaligus dari UMNO, suasana gawat sedang…

Posted by Ridzwan Abu Bakar on Tuesday, October 20, 2020

 

COMMENTS