Masjid diconteng cat merah, pemimpin pas membisu

Masjid diconteng cat merah, pemimpin pas membisu

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tembok pagar masjid di Taman SPPK, Pasir Puteh di sini diconteng dengan menggunakan semburan cat merah awal pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh Yahaya Hassan berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada seorang ahli jawatankuasa masjid berusia 60 tahun pada pukul 9.07 pagi, semalam.

“Kejadian disedari pada pukul 5.15 pagi semasa pengadu dan isteri tiba di masjid dan mendapati terdapat tulisan cat merah “jangan buka bunyi terlalu kuat’ pada tembok pintu masuk utama masjid berkenaan.

“Tiada individu lain di kawasan sekitar selain pengadu dan isteri,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Yahaya berkata, pengadu yang juga muazin di masjid berkenaan memaklumkan beliau akan memasang alunan bacaan ayat al-Quran selama kira-kira 10 minit sebelum melaungkan azan solat subuh setiap hari.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencemarkan tempat ibadat yang boleh dikenakan hukuman maksimum dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya.

COMMENTS