Jangan ada perbezaan ‘standard’ antara rakyat dengan menteri

Presiden Peguam Malaysia, Salim Bashir menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mempertimbangkan semula peraturan terbaru yang mengecualikan kuarantin selama 10 hari kepada menteri.

Beliau berkata, keputusan itu jelas menunjukkan adanya perbezaan standard antara menteri dan rakyat biasa dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

berita berkaitan | Kuarantin 10 hari ditukarkan kepada 3 hari disebabkan Muhyiddin????

Tegasnya, orang ramai berhak mengetahui alasan saintifik untuk pengecualian tersebut kerana mereka sendiri diminta untuk mematuhi syarat kuarantin wajib.

“Warta kerajaan semalam telah melanggar hak kesamarataan di bawah undang-undang. Pasal 8 (1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahwa ‘semua orang sama di hadapan undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama’.

lagi berita berkaitan | ‘Selamat menteri’, Kerajaan PN suka longgar tempoh kuarantin – Najib Razak

“Kedaulatan undang-undang menuntut kesamarataan bagi semua warga negara, dan kita semua harus mematuhi undang-undang yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru itu kata Salim, menteri perlu menunjukkan tingkah laku yang patut dicontohi, terutama apbila jumlah kes Covid-19 telah meningkat mendadak dalam beberapa minggu ini.

Jelasnya, virus berkenaan sama sekali tidak melihat perbezaan antara rakyat biasa dan menteri, malah sebagai sebuah negara, semua pihak harus bersatu dalam memerangi wabak tersebut.-MD

COMMENTS