Kes harian Covid-19 meningkat sebanyak 389 kes
Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 meningkat kepada 6,144 kes, hari ini berbanding 5,755 kes direkodkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 2,608,979 kes setakat ini.
Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW dengan data harian dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. —Kedah Kini