Kes covid-19: 3,318 kes baru, 17 kematian hari ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 3,318 kes baharu positif COVID-19 pada hari ini menjadikan kumulatif kes seluruh negara ialag 258,306 kes.

Sehingga hari ini sebanyak 51,579 kes adalah kes aktif.

Jumlah kes baharu ini melibatkan penularan dalam negara sebanyak 3,311 kes yang membabitkan 1,673 warganegara dan 1,638 bukan warganegara manakala 7 kes membabitkan kes import.

Seramai 258 pesakit masih ditempatkan dalam ICU di mana 119 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

17 orang telah disahkan meninggal dunia menjadikan kumulatif kes kematian setakat ini adalah 953 orang.

Kes sembuh pada hari ini sebanyak 3,505 iaitu melebihi kes baharu skali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh dalam negara sebanyak 205,774 kes.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,214 kes (36.6 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 856 kes (70.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 742 kes (22.4 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 374 kes (11.3 peratus).

Terdapat 14 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 13 kluster berkaitan tempat kerja dan satu (1) kluster komuniti.

Negeri Johor mempunyai kluster tertinggi iaitu lima kluster melibatkan kategori tempat kerja, diikuti Perak dan Selangor masing-masing dua kluster.-MD

COMMENTS