Kes Covid: 12,541 kes baru, jalan penyelesaian belum ditemui

Kes harian terus mencatatkan lima angka dengan 12, 541 jangkitan baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah kes terkumpul 893,323 kes, maklum KKM.

Terdapat 7,116 kes di Lembah Klang dengan Selangor melaporkan 5,512 kes – yang kedua tertinggi dalam rekod.

Sementara itu, Negeri Sembilan mencatat satu lagi rekod tertinggi dengan 1,619 kes – hari keempat berturut-turut jangkitan melebihi 1,000 kes.

Johor pula mencatatkan 609 kes hari ini, tertinggi sejak 20 Jun lalu.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 5,512 (312,606)
WPKL – 1,542 (95,878)
Johor – 609 (77,245)
Sabah – 326 (73,832)
Sarawak – 423 (70,651)
Negeri Sembilan – 1,619 (58,978)
Pulau Pinang – 376 (38,179)
Kelantan – 225 (37,201)
Kedah – 458 (31,153)
Perak – 299 (30,414)
Melaka – 575 (24,194)
Pahang – 382 (17,787)
Terengganu – 102 (12,353)
WP Labuan – 24 (9,355)
WP Putrajaya – 62 (2,876)
Perlis – 7 (621)

Sumber : MK

COMMENTS