Harga minyak: RON95, RON97 naik 5sen, diesel naik 3sen

Harga runcit petrol RON95 dan RON 97 masing-masing naik lima sen seliter manakala harga diesel naik tiga sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 22 Jan.

Berita semasa |Presiden Warisan calon Perdana Menteri gabungan pembangkang

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) harga runcit baharu petrol RON95 adalah RM1.89 seliter manakala harga baharu bagi petrol RON97 adalah RM2.19 seliter.

“Harga runcit diesel naik daripada RM2.02 seliter kepada RM2.05 seliter,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF harga baharu itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Berita isu panas |Kes cabul : Ustaz Budak ‘mengganas’, berdepan 8 lagi dakwaan seksual

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Berita Asal

COMMENTS