Agong dan Permaisuri mengucapkan “Selamat Tahun Baharu Cina”

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan itu, esok.

Ucapan Seri Paduka berdua itu dimuat naik menerusi hantaran poster di akaun Instagram dan Facebook Istana Negara, @istana_negara, hari ini.

“Semoga anda dan keluarga yang disayangi dilimpahi kemakmuran, kesihatan yang baik, kegembiraan dan semangat muhibah antara kalangan rakyat Malaysia”.

Menerusi poster itu, Seri Paduka berdua turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati, mengamalkan penjarakan fizikal dan jaga diri semasa meraikan sambutan dalam suasana normal baharu.-BH

COMMENTS