70% pengundi pilih “Sangat Teruk”, pentadbiran Sanusi di Kedah sangat mengecewakan
Setahun pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di negeri Kedah yang diterajui oleh Menteri Besar, YAB Muhammad Sanusi Md Nor diwarnai dengan pelbagai insiden yang menjadikan beliau di antara Menteri Besar yang selalu mendapat perhatian media.
Kontroversi yang belum reda sehingga kini adalah pertelingkahan dengan kerajaan Pulau Pinang berkaitan dengan aliran air di Sungai Muda.
Menurut, KedahKini.com yang menjalankan kajian bermula 27 April yang lalu terhadap pandangan rakyat Kedah berkaitan dengan prestasi Menteri Besar Kedah itu menjelang tempoh satu tahun pemerintahan beliau.
1,189 orang awam telah menyertai kaji selidik yang dijalankan secara atas talian. 70% (828 pengundi) menyatakan, pemerintahan Sanusi sebagai “Sangat Teruk”. Manakala 14% (164 pengundi) lain menyatakan “Kurang baik, perlu banyak penambahbaikkan.
10% (118 pengundi) lain pula berpendapat pentadbiran Sanusi di Kedah adalah “Sangat baik, teruskan kecemerlangan”. 4% (53 pengundi) memilih “Biasa sahaja” dan terakhir 2% (26 pengundi) memilih “Agak baik, boleh diperbaiki”.
Pentadbiran kerajaan Kedah yang diterajui oleh YAB Muhammad Sanusi sebelum ini sering dikecam kerana kontroversi yang tidak putus-putus termasuk isu balak, Toyota Vellfire, SADA, KDA FC dan isu yang belum selesai adalah belat air sungai Muda.
KAJISELIDIK : Prestasi YAB Muhammad Sanusi Md Nor sepanjang setahun mentadbir Kedah