Aung San Suu Kyi ditahan Tentera Myanmar pagi ini

Tentera Myanmar menahan Aung San Suu Kyi dan beberapa pemimpin kanan parti pemerintah awal pagi ini.

Reuters memetik jurucakap parti pemerintah, Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) Myo Nyunt yang mengesahkan perkara itu hari ini.

“Saya ingin memberitahu rakyat agar tidak bertindak terburu-buru dan saya mahu mereka bertindak mengikut undang-undang,” katanya.

Dia juga menjangka dirinya akan turut ditahan.

Penahanan itu beberapa hari selepas meningkatnya ketegangan antara pihak tentera dan kerajaan, yang mencetuskan kebimbangan akan berlakunya rampasan kuasa.

Isu semasa |Zaman kegemilangan rasuah Malaysia dikembalikan???

Sebelum ini, pihak tentera beberapa kali mendakwa terdapat penipuan dalam pilihan raya, antaranya mendapati terdapat 8.6 juta kejanggalan dalam senarai pemilih di 314 kawasan mengundi.

Ia turut menggesa kerajaan dan suruhanjaya pilihan raya memeriksa semula keputusan.

Dalam pilihan raya yang berlangsung pada Novembe tahun lalu itu, NLD menang 396 daripada 498 kerusi Parlimen.

Dalam kenyataan Sabtu lalu, tentera berkata beberapa kenyataan daripada pimpinan tertingginya berkenaan pemansuhan perlembagaan telah disalah tafsir media dan beberapa pihak lain.

Ia juga menafikan mengancam untuk melakukan rampasan kuasa apabila membangkitkan dakwaan penipuan dalam pilihan raya.

Berita Asal

COMMENTS