Setelah menjadi kerajaan, Pas gesa rakyat patuh kepada arahan kerajaan

Setelah memegang tampuk pemerintahan negara, pemimpin Pas yang kini bergelar menteri atau timbalan menteri menggesa rakyat supaya taat dan patuh kepada arahan kerajaan.

Terbaru, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary mengulas mengenai Dialog Ilmiah berkenaan prosedur operasi standard (SOP) solat berjemaah di masjid.

Menurut beliau, rakyat disaran supaya taat keputusan kerajaan yang mengambil kira pandangan pelbagai pihak dalam isu itu kerana apabila kerajaan sudah membuat satu keputusan maka menjadi kewajipan rakyat untuk patuh, walaupun keputusan itu barangkali terdapat pandangan kedua atau pandangan ketiga.

“Jadi kerajaan buat keputusan dengan mengambil kira pandangan semua pihak. Kepakaran dalam bidang perubatan, dalam soal kehidupan sosial masyarakat, jadi sudah diadunkan sehingga keluar satu SOP yang memerlukan kita ikut dan patuh,” kata Ahmad Marzuk lagi ketika mengulas program dialog bertajuk “Jarak Saf dalam mendepani Covid-19: Tuntutan agama atau pemahaman songsang?”

Pandangan itu sangat kontradik ketika Pas menjadi pembangkang. Lihat saja natijah daripada Amanat Haji Hadi yang bukan sahaja melibatkan saf solat, bahkan penggunaan masjid dan tanah kubur turut diasingkan antara penyokong mereka dengan penyokong kerajaan Pas pada waktu itu. Tidak cukup dengan itu, daging sembelihan mereka yang bukan penyokong parti itu di’fatwa’kan haram untuk dimakan.

Bahkan semasa era pemerintahan Pakatan Harapan, apa saja keputusan atau langkah kerajaan PH,  kesemuanya di kritik dan diperlekeh oleh pemimpin dan penyokong Pas, kononnya itu tidak Islamik, ini tidak Islamik.

Pendirian Pas itu menyerlahkan sikap sebenar mereka yang hipokrit dan munafik apabila menyeru rakyat patuh kepada kerajaan hanya setelah mereka menjadi kerajaan atau dengan kata lain, hanya taat kepada pemimpin Pas!

COMMENTS